Musim demi musim, dari tahun ke tahun, pesawah sering resah dan gusar kerana nilai hasil jualan dipotong tinggi oleh pengilang kerana padi yang tidak bermutu. Potongan tinggi mengurangkan nilai jualan mereka, lantas menjejaskan keuntungan bersih mereka setelah ditolak kos pengeluaran. Mengikut petani, jeda potongan harga mencapai antara 20 hingga 70 peratus daripada hasil jualan padi. Kini, petani mengadu purata potongan adalah lebih 30 peratus iaitu hampir sepertiga daripada untung kasar mereka. Walaupun penjenteraan dalam persawahan padi meningkat, tetapi purata potongan adalah lebih 20 peratus berbanding 14 hingga 17 peratus pada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya