Perlu kawal kebebasan bersuara - Utusan Malaysia

Perlu kawal kebebasan bersuara

Malaysia mempunyai penduduk pelbagai kaum dengan budaya masing-masing, yang hidup aman dan makmur. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KEBEBASAN bersuara ialah hak mutlak setiap insan. Hak kebebasan bersuara diiktiraf sebagai hak asasi manusia dalam Perkara 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat dan diiktiraf dalam undang-undang hak asasi manusia antarabangsa dalam Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak-hak Sivil dan Politik (ICCPR).

ICCPR mengiktiraf hak kebebasan bersuara sebagai ‘hak mendapatkan pendapat tanpa gangguan. Kesemua manusia akan mempunyai hak untuk menyatakan pendapat.’

Ciri-ciri penduduk Malaysia yang pelbagai kaum menyebabkan sukarnya kebebasan bersuara diamalkan kerana ada kecenderungan berlaku perselisihan antara etnik sekiranya hak tersebut disalahgunakan dengan mengugut atau menghina satu sama lain secara terbuka.

Kalau dibiarkan isu-isu agama, hak istimewa orang Melayu, institusi diraja dan sebagainya dibicarakan dalam perhimpunan ramai secara terbuka seperti dalam kempen pilihan raya, maka hak ini mungkin akan mengancam keselamatan negara.

Dalam hal ini, kebebasan bersuara perlu dikawal bagi mengelak masalah lebih teruk sehingga boleh merosakkan kestabilan negara dan menjurus kepada masalah perselisihan antara kaum.

Jadi, perlu ada kawalan pada pihak kerajaan dalam mengehadkan kebebasan bersuara demi kepentingan umum supaya tidak disalahgunakan.

Aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye pernah menyebut: “harmoni boleh dicapai bila rakyat memahami dan melaksanakan tanggungjawab masing-masing serta menjauhkan diri daripada menyentuh isu-isu sensitif.”

MUHAMMAD JURAIS ABDULLAH
Koodinator Sekretariat Mahasiswa
Majlis Belia Malaysia (MBM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN