Pemimpin Melayu harus buktikan perjuangan untuk rakyat - Utusan Malaysia

Pemimpin Melayu harus buktikan perjuangan untuk rakyat

PENYATUAN parti dalam Muafakat Nasional mampu memperoleh kemenangan pada pilihan raya umum akan datang. – UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PERGOLAKAN politik dilihat semakin tiada arah tuju lebih-lebih lagi berkaitan isu perebutan kuasa, seolah-olah mereka mempunyai agenda tersendiri.

Lebih menjengkelkan, ia melibatkan parti-parti Melayu. Oleh itu, pemimpin-pemimpin tersebut harus membuktikan kepada semua yang mereka berjuang untuk rakyat, bukannya kepentingan peribadi.

Sudah tiba masanya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) membubarkan parti sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan.

Ahli Bersatu boleh memilih sama ada mahu menyertai Pas atau kembali ke UMNO. Begitu juga perlu dilakukan oleh ahli Amanah dan Pejuang.

Apabila parti orang Melayu-Islam hanya tinggal dua iaitu Pas dan UMNO, maka perebutan kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen tidak timbul lagi.
Dalam pada itu, logo Pas dan Barisan Nasional (BN) boleh dikekalkan pada PRU-15 nanti.

Dengan adanya dua parti dalam Muafakat Nasional (MN), sudah tentu mampu memperoleh kemenangan kerusi di DUN dan Parlimen dengan penuh bergaya dan pada masa sama dapat membentuk kerajaan yang kukuh.

OMAR LOLO
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya