Parit tersumbat punca banjir - Utusan Malaysia

Parit tersumbat punca banjir

Keadaan parit yang dipenuhi tanah dan semak menjadi punca utama berlakunya banjir kilat ketika musim hujan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

sebanyak 11 keluarga di Lorong Sumah, Kampung Solok, Tangkak, Johor merayu pihak berwajib supaya mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah banjir kilat yang sering berlaku di kawasan tersebut terutama semasa hujan lebat.

Keadaan parit di kawasan berkenaan yang tidak terurus, semak serta dipenuhi tanah menyebabkan pengaliran air tidak berjalan lancar.

Kerja-kerja menyelenggara tidak dapat dilaksanakan oleh penduduk kawasan tersebut yang kebanyakannya golongan ibu tunggal dan uzur.

Perkara ini telah dipanjangkan kepada pihak-pihak tertentu tetapi masih belum diambil tindakan dan ini menimbulkan keresahan penduduk yang sedang berhadapan musim hujan.

Sikap Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang seolah-olah bersikap berdiam diri dan tidak mengambil tahu masalah ini amat dikesali penduduk.

Justeru, penduduk menyeru pihak berwajib terutama pejabat daerah dan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan segera berhubung perkara ini.

MOHD.NOH MOHAMED
Kampung Solok, Tangkak, Johor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya