Pantau jualan permainan seks - Utusan Malaysia

Pantau jualan permainan seks

Belia kini yang terjerat dengan hutang `beli dulu bayar kemudian'. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PLATFORM e-dagang semakin mendapat sambutan lebih-lebih lagi ketika kes penularan pandemik Covid-19 menyebabkan pembelian barangan secara dalam talian mengutip keuntungan yang besar.

Di sebalik memudahkan orang ramai untuk mendapatkan barangan keperluan dan kehendak tanpa perlu ke pusat beli-belah, kelonggaran pihak penyedia platform dengan membenarkan peniaga menjual tanpa syarat ketat mengundang kemarahan orang ramai.

Selepas Majlis Belia Malaysia (MBM) mendedahkan pihak penyedia platform e-dagang terkenal membenarkan penjualan permainan seks secara terbuka, pelbagai reaksi daripada orang ramai diterima.

Rata-rata tidak bersetuju kerana barangan ‘haram’ itu dijual secara terbuka dan boleh membawa kesan buruk kepada masyarakat.

Justeru, MBM mendesak penyedia platform itu memberhentikan penjualan permainan seks secara terbuka dalam talian.

Ini kerana golongan remaja sentiasa ingin meneroka perkara-perkara baharu dalam kehidupan. Ini akan mendedahkan mereka kepada budaya Barat jika tidak dibendung dari awal.

Selain itu, perkhidmatan bomoh dalam talian juga mendapat sambutan yang menggalakkan yang jelas memesongkan akidah umat Islam.

JUNAIDAH JAMALI
Kedah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya