SAUDARA PENGARANG,
SAYA mewakili penduduk di sekitar Seksyen 8, Shah Alam, Selangor, memohon jasa baik Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) supaya mengecat kembali besi selusur tangga yang sudah pudar warnanya.
Kemudahan ini terletak di Jalan Liku A 8/A, Seksyen 8, di antara pangsapuri Blok 19 dengan deretan premis perniagaan di situ.
Saya telah membuat aduan menerusi e-mel kepada Pengarah Jabatan Kejuruteraan MBSA pada 22 Jun dan 15 Julai lalu. Ini diikuti dengan penghantaran ciapan kepada Twitter MBSA @sacitycouncil pada 22 Julai lalu. Namun, belum ada apa-apa tindakan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan.
Sudah tentu penduduk setempat berasa gembira kiranya PBT yang menerima penarafan lima bintang ini dapat memenuhi hasrat mereka.
KAMARUDDIN HASSAN
Shah Alam