Miskin digital bukan penghalang peroleh ilmu - Utusan Malaysia

Miskin digital bukan penghalang peroleh ilmu

Graduan universiti perlu bersedia menghadapi cabaran dan daya saingan baharu dalam dunia pekerjaan yang pantas berubah. Graduan universiti perlu bersedia menghadapi cabaran dan daya saingan baharu dalam dunia pekerjaan yang pantas berubah. – GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TIADA siapa menduga pandemik Covid-19 yang bermula di Wuhan, China merubah dunia kepada arus pengurusan dan melaksanakan kebijaksanaan teknologi bersepadanan tuntutan Revolusi Industri (IR) 4.0.

Secara tidak langsung, gerak-geri manusia juga berubah untuk mengisi segala ruang dan cabaran kemeruapan, tidakpastian, kerumitan dan kekaburan (VUCA). Secara drastik, semua sektor industri dan perkhidmatan merubah strategi bagi meminimumkan kerugian.

Institusi sosial seperti kekeluargaan mendapat tempias. Jika sektor peruncitan begitu galak dengan perniagaan dalam talian dan penghantaran ke muka pintu, maka anak-anak juga perlu menyesuaikan diri dengan situasi sama.

Dalam situasi semasa, masa anak-anak sepenuhnya berada di rumah di bawah pengawasan penjaga. Mereka tidak pernah didedahkan dengan sukatan pelajaran pengurusan risiko. Apakah tindakan bijak dalam pengurusan kendiri dan pembelajaran murid ketika VUCA?

Melihat kesukaran dan kerumitan secara global, kita menerima hakikat untuk beralih kepada pembelajaran baharu. Pembelajaran di rumah akan mempercepatkan pelajar menguasai teknologi.

Walaupun takrifan miskin digital merujuk kepada ketidakmampuan memiliki peranti dan akses internet sedang hangat dibicarakan, namun ia tidak boleh dijadikan racun yang mematikan akal dan ikhtiar.

Halangan kepada penyampaian maklumat bermakna proses pembelajaran akan terbantut. Kebijaksanaan pengurusan sekolah untuk memastikan pembelajaran dapat diteruskan apabila pelajar dapat memberi maklum balas. Apa sahaja bahan yang disampaikan oleh guru sama ada secara maya atau bercetak mestilah disambut sepenuh hati.

Pelajar mesti berusaha untuk menambahkan ilmu pengetahuan dengan pelbagai medium selain membina jaringan rakan sebaya bersama komuniti.

Hidupkan pusat pusat komuniti seperti balai raya dan dewan serbaguna sebagai tempat perbincangan dan pembelajaran berkelompok tanpa mengabaikan prosedur keselamatan dalam menangani wabak Covid-19. Pemimpin komuniti pada masa sama perlu mengaktifkan segala akses yang ada untuk membantu pihak sekolah menyediakan ruang sesuai kepada pelajar. Suatu ketika kerajaan pernah mewujudkan kampung tanpa wayar. Masihkah ada hingga kini?

Inilah hikmah VUCA. Usah menuding jari kepada mana mana pihak sedang kita berada dalam kesusahan dan kerumitan yang sama.

TUMIN YATMAN
Pengetua Cemerlang
SMK Seri Machap

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya