Lapangan terbang kita tidak selamat - Utusan Malaysia

Lapangan terbang kita tidak selamat

Tujuh mesin pengimbas bagasi diletakkan di KLIA dan KLIA2.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

Siapa sangka, lapangan terbang yang sepatutnya menjadi lokasi paling selamat ekoran kawalan sekuriti ketat tetapi amat mudah dibolosi, sekali gus memberi ancaman kepada keselamatan negara hanya kerana ‘duit’.

Tidak pernah terfikir bagaimana pendatang asing tanpa izin (PATI) bebas keluar dan masuk melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2. Selama ini, saya hanya memikirkan mereka menggunakan jalan laut untuk masuk ke negara ini secara haram.

Inilah jadinya bila manusia bertuhankan duit, mereka sanggup menggadaikan negara demi untuk hidup lebih mewah.

Tidakkah mereka rasa bersalah ataupun penguat kuasa ini hanya kambing hitam yang dipergunakan oleh pihak atasan? Tidak mustahil ada ‘kepala’ di sebalik apa yang berlaku.

Oleh itu, langkah pemutihan anggota perlu dilakukan di semua peringkat. Jika disabitkan kesalahan, mereka wajar dikenakan hukuman berat selain dibuang kerja.

ZAKI
Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya