Kenapa benci suntikan pelalian? - Utusan Malaysia

Kenapa benci suntikan pelalian?

SUNTIKAN pelalian telah terbukti secara klinikal dapat mengelak daripada pelbagai jenis penyakit. – IHSAN KEMENTERIAN KESIHATAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

imunisasi yang ‘dibenci’ oleh golongan antivaksin memberi makna yang besar buat kesihatan rakyat.

Suka tidak suka, suntikan pelalian terbukti secara klinikal dapat mengelak daripada pelbagai jenis penyakit berbahaya seperti radang paru-paru, radang selaput otak dan saraf tunjang serta jangkitan bakteria dalam darah.

Apa yang disenaraikan itu ialah penyakit berbahaya yang berpunca daripada bakteria streptococcus pneumoniae. Melalui Program Imunisasi Kebangsaan (NIP), Kementerian Kesihatan berjaya memperjuangkan pemberian suntikan vaksin pneumokokal untuk kanak-kanak secara serentak di seluruh negara pada 1 Disember lalu.

Sudah tentu ia menjadi tarikh paling bererti untuk semua warga Kementerian Kesihatan yang mahu melihat wajah-wajah kanak-kanak comel dapat membesar dengan sihat dan tidak diserang penyakit yang boleh menyebabkan pekak dan kerosakan otak.

Akhirnya tahun ini baru berjaya dicapai walaupun peruntukan cukup besar diperlukan untuk melaksanakan suntikan terbabit.

DR. MUHAMMAD AL-KELANTANI
Bandar Baru Bangi, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya