Jangan layan pengusaha nurseri seperti ‘penceroboh’ - Utusan Malaysia

Jangan layan pengusaha nurseri seperti ‘penceroboh’

Antara tapak semaian di Jalan Sungai Buloh-Shah Alam, Selangor yang dirobohkan pihak berkuasa. – GAMBAR MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SUNGAI Buloh Green Lane amat terkenal di seluruh negara sebagai kawasan perniagaan tapak semaian dan landskap sejak beberapa dekad lalu.

Pengusaha di situ juga menerima kunjungan daripada pelancong luar negara kerana lokasi berkenaan di sepanjang laluan Jalan Sungai Buloh-Shah Alam, Selangor terkenal sebagai pusat pelancongan dengan pelbagai pokok bunga dan produk landskap.

Oleh itu, timbul persoalan, adakah kerajaan Selangor dan pihak berkuasa tempatan (PBT) mahu memadamkan sejarah di tempat ini yang terkenal sebagai hab nurseri apabila mengarahkan mereka keluar dari lokasi sekarang dan dilayan seperti ‘penceroboh’?

Alasan yang diberikan, tapak berkenaan terlibat dengan projek pembinaan Lebuh Raya Damansara-Shah Alam (Dash), pembesaran Jalan Sungai Buloh-Shah Alam dan kerja penyelenggaraan paip air bawah tanah. Bukankah mengekalkan perusahaan mereka ini akan menyumbang kepada aktiviti pelancongan dan ekonomi Selangor?

Sekiranya tiada pilihan, pengusaha terbabit bersedia berpindah dengan syarat kerajaan Selangor menunaikan janji memindahkan mereka ke tanah milik Lembaga Getah Malaysia yang akan diperuntukkan sebagai hab nurseri Selangor.

Mereka bersedia membayar sewa yang munasabah kepada mana-mana agensi kerajaan negeri yang akan menguruskan hab nurseri berkenaan.

Para pengusaha tapak semaian menolak pemindahan ke mana-mana lokasi tidak praktikal yang hanya akan membunuh perniagaan sedia ada seperti diarahkan berpindah ke Bukit Cherakah, Puncak Alam dan sebahagian lagi ke Kawasan Industri Hicom, Seksyen 28, Shah Alam.

A. SIVARAJAN
Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya