Jadikan belajar dalam talian amalan tetap - Utusan Malaysia

Jadikan belajar dalam talian amalan tetap

GAJI yang rendah menyebabkan rakyat Malaysia melakukan pelbagai kerja untuk memenuhi keperluan hidup. – GAMBAR HIASAN/AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEJAK penularan pandemik Covid-19, semua universiti dalam negara kita terpaksa melaksanakan proses pembelajaran dalam talian. Bagi saya, kaedah itu seharusnya diteruskan walaupun tiada sebarang jenis wabak pada masa akan datang.

Ini kerana kaedah itu banyak memberi faedah kepada semua pihak terutama pelajar. Proses pembelajaran melalui kaedah moden ini membolehkan proses pembelajaran diadakan secara fleksibel tanpa pelajar perlu berulang alik ke kampus semata-mata untuk mendengar sesi pengajaran daripada pensyarah.

Dengan kurangnya aktiviti bergerak secara fizikal, ia dapat meringankan beban para pelajar itu sendiri dalam proses pembelajaran. Tanpa banyak pergerakan juga dapat menjamin aspek keselamatan dan kesihatan diri pelajar. Ibu bapa ataupun penjaga tidak perlu risau terhadap tahap keselamatan dan kesihatan anak-anak mereka yang perlu bergerak ke kampus setiap hari.

Para pelajar juga dapat menjimatkan wang saku berikutan tidak perlu berbelanja untuk bergerak ke sekolah ataupun kampus serta membeli sarapan di kantin atau kedai makan.

Proses pembelajaran dalam talian juga dapat mengurangkan penggunaan bahan seperti kertas kerana segala tugasan yang diberikan oleh pensyarah dapat dilaksanakan secara maya.

Selain dapat mengurangkan pembaziran kertas, kaedah itu dapat mendedahkan pelajar dengan pelbagai jenis aplikasi terkini yang boleh mengasah bakat dan kemahiran mereka untuk menghadapi dunia moden masa kini yang penuh dengan teknologi baharu.

DR. MUZAFFAR SYAH MALLOW
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Nilai, Negeri Sembilan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya