Kesan pandemik Covid-19 amat mempengaruhi dan telah mengubah landskap kesihatan awam, psikologi, tingkah laku dan aktiviti sosial serta pembangunan ekonomi masyarakat. Masyarakat kita turut merasai gelombang sama. Di sebalik pandemik sedang melanda, wujudnya perasaan paranoid yang perlu dihadapi oleh setiap individu malah implikasinya menjadi semakin parah disebabkan kemunculan pelbagai spekulasi mengenai maklumat Covid-19 yang masih belum dapat dipastikan kesahihannya beredar dalam kalangan masyarakat. Covid-19 kini menunjukkan kriteria pantas bermutasi untuk beradaptasi dengan pelbagai situasi epidemiologi dan status imuniti sistem badan perumah. Kadar mortaliti dan morbiditi terus meningkat saban hari disebabkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya