Ibarat hilang ikon Pulau Pinang - Utusan Malaysia

Ibarat hilang ikon Pulau Pinang

Feri lama akan digunakan untuk mengangkut penunggang basikal dan motosikal. – GAMBAR UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KEPUTUSAN untuk tidak menamatkan perkhidmatan feri Pulau Pinang yang berusia 126 tahun dan digantikan sepenuhnya feri baharu melegakan banyak pihak. Feri lama itu akan tetap digunakan unutk membawa penunggang motosdikal dan basikal. Menurut Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), feri baharu yang akan mula beroperasi pada 1 Januari tahun depan memiliki katamaran yang lebih pantas, cekap serta menguntungkan berbanding feri lama yang kos membaiki sebuah sahaja mencecah sehingga RM2.2 juta.

Bot laju baharu yang akan diperkenalkan itu hanya digunakan untuk membawa penumpang dan pejalan kaki, sementara semua kenderaan empat roda menggunakan Jambatan Pulau Pinang untuk berulang alik dari tanah besar ke pulau kerana perkhidmatan untuk pengankutan tersebut diberhentikan.

Bagi saya, dalam hendak mencari keuntungan, pihak SPPP tidak seharusnya menghapuskan terus perkhidmatan feri yang lama. Kalau tidak, maka akan lenyaplah ikon Pulau Mutiara tersebut.

Hilangnya perkhidmatan feri Pulau Pinang seperti hilangnya negeri Pulau Pinang di peta Malaysia dan salah satu tempat pelancongan di peta dunia.

Bagi pengunjung yang pernah ke seberang menaiki feri, sudah tentu akan merasai panaroma indah bandar Georgetown dan pengalaman tiupan angin serta alunan ombak apabila berada di atas feri.

Sudah tentu nostalgia itu tidak dapat dilupakan sampai bila- bila. Sebaliknya, suasana menaiki katamaran tentulah berbeza dan tidak merasai lagi tiupan angin dan panaroma indah sebegitu.

Justeru, kerajaan perlulah menjaga dan mengekalkan banyak lagi tinggalan ikonik khususnya di Pulau Pinang yang menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara.

ABDUL HAMID
Temerloh

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya