KETIKA berlegar di Wangsa Maju, saya mendapat Ping di hadapan salah sebuah pusat beli-belah di sana. Setibanya di pick up point, naik seorang wanita duduk di kerusi belakang. Tersenyum manis wajahnya sambil memberi salam kepada saya. Saya menjawab salam sambil mengerling ke wajahnya. Lawa, bisik hati saya. “Lega saya dapat pemandu perempuan,” katanya yang nama tertera pada pesanan Grab sebagai Sue. “Kenapa, pemandu lelaki mengurat ke?” usik saya menyerkap jarang. Maklumlah, orang lawa macam dia, tak mustahil hati pemandu lelaki berdebar melihat wajahnya. Saya sebagai perempuan pun memuji kecantikan dia,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya