Bukan senang pantau akaun bank polis - Utusan Malaysia

Bukan senang pantau akaun bank polis

Anggota pihak berkuasa harus menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah dan dedikasi. – GAMBAR HIASAN- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah antara penguat kuasa yang dilihat mudah menerima suapan daripada orang ramai kerana mempunyai kuasa untuk mensabitkan atau melepaskan seseorang yang bersalah.

Faktor gaji tidak setimpal dan sifat manusia yang berkeinginan untuk hidup mewah lebih memudahkan jalan untuk melakukan jenayah tersebut.

Cadangan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang mahu menjalin kerjasama dengan Bank Negara Malaysia bagi mengesan akaun milik pegawai dan anggotanya yang mempunyai wang simpanan luar biasa dilihat sebagai salah satu jalan penyelesaian bagi mengelakkan budaya rasuah di negara ini.

Namun, sejauh mana keberkesanan usaha itu? Ini kerana anggota yang terlibat sudah pasti mengetahui mengenai kerjasama ini, malah mereka juga bijak untuk memastikan tindakan mereka selamat dan tidak ‘kantoi’ oleh pihak atasan.

Antara tindakan yang mereka boleh lakukan termasuk tidak menggunakan nama dan akaun mereka semasa melakukan transaksi duit atau hanya menerima secara tunai.

Jika ini berlaku, maka, susah untuk pihak atasan mengenal pasti tingkah laku anggotanya yang menyalahi undang-undang.

Oleh itu, pihak atasan perlu lebih peka terhadap setiap tindak tanduk anggotanya agar mereka tidak melakukan kesalahan yang boleh menggugat keselamatan dan keharmonian negara.

FITRI
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya