BTHO kawasan wajib gangguan bekalan air - Utusan Malaysia

BTHO kawasan wajib gangguan bekalan air

Tangkap layar SMS yang diterima oleh penduduk yang memaklumkan masalah gangguan bekalan air. – IHSAN PEMBACA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEBAGAI penduduk, saya sudah naik muak dengan masalah gangguan bekalan air di kawasan perumahan Bandar Tun Hussein Onn (BTHO), Cheras, Selangor.

Isu tersebut bukanlah baharu tetapi sudah bertahun-tahun. Namun, sejak kebelakangan ini, gangguan bekalan air semakin menjadi-jadi hampir setiap minggu.

Setiap minggu, kami menerima notis menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada pihak berwajib yang memaklumkan masalah kebocoran, paip pecah, tekanan air rendah dan penggunaan air tinggi.

Notis pemberitahuan gangguan air kerap diberi pada waktu yang amat singkat sehingga penduduk tidak sempat untuk menyimpan bekalan air. Kadangkala, tiada notis pemberitahuan. Tahu-tahu, tiada air untuk tempoh yang panjang.

Banyak kali juga aduan dibuat, namun bagai mencurah air ke daun keladi. Seolah-olah tiada penyelesaian jangka masa panjang daripada pihak berwajib.

Rata-rata penduduk di sini terdiri dalam kalangan mereka yang berkeluarga dan jika masalah ini berterusan, akan menjejaskan aktiviti harian terutama bagi yang mempunyai anak kecil.

Diharap pihak berwajib lebih peka dengan keadaan penduduk di sini yang kerap menghadapi masalah bekalan air.

PENDUDUK MUAK
Bandar Tun Hussein Onn, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN