SAUDARA PENGARANG,
RAMAI menyambut baik pengumuman kerajaan pada pembentangan Belanjawan 2021 lalu khususnya membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Inisiatif i-Sinar ini sangat membantu golongan yang terkesan dengan pandemik Covid-19.
Namun, pencarum yang berjaya mengeluarkan simpanan masing-masing diingatkan supaya berjimat cermat dalam berbelanja agar dapat bertahan hingga keadaan ekonomi kembali stabil.
Sebagai langkah berjimat cermat, pakaian dan kelengkapan sekolah yang masih boleh digunakan elok terus dipakai.
Pada hujung tahun ini, pelbagai promosi dilakukan oleh peniaga untuk melariskan jualan mereka. Pada satu sudut, ia baik untuk menormalkan kitaran ekonomi agar negara kembali stabil dan berkembang. Di sudut pengguna pula, ia masa terbaik untuk berbelanja kerana dapat membeli pada harga lebih murah.
Elak berbelanja menggunakan kad kredit sehingga terjebak dengan beban hutang.
DR. MOHD. ALI MUHAMAD DON
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Kampus Pasir Gudang, Johor