Bantulah kami bertani - Utusan Malaysia

Bantulah kami bertani

Kerajaan harus mencari kaedah meningkatkan stok makanan dalam negara bagi mengurangkan kebergantungan kepada import. – GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEBAGAI seorang petani bumiputera, saya kecewa apabila tidak diberikan hak untuk memiliki tanah sehingga menyebabkan kami tidak dapat berinovasi, sekali gus mencari sumber pendapatan.

Kekangan masalah kewangan serta harga tanah yang mahal menyekat usaha kami untuk melibatkan diri dalam pertanian.

Rakyat seperti kami berasa amat beruntung sekiranya kerajaan dapat membela nasib bumiputera untuk memiliki serta dapat membimbing dalam mengusahakan tanah.

Kerajaan harus memberi peluang kepada peneroka memulakan proses penyediaan tanah untuk diteroka ataupun tanah telah diteroka yang tidak melanggar kawasan hutan kekal dan hutan simpan.

Walaupun kawasan hutan itu diteroka, namun ia akan digantikan dengan penanaman pokok. Ia tidak menjejaskan keadaan tanah asal.

Melalui bimbingan dan saranan kerajaan juga akan membantu peneroka menstabilkan semula kawasan penerokaan. Ramai dalam kalangan bumiputera begitu terkilan apabila proses pemilikan tanah yang diteroka masih tidak diluluskan walaupun telah menghantar permohonan kepada pihak berwajib.

Oleh itu, besar harapan saya sekiranya pihak berwajib dan kerajaan dapat membantu usaha kami dalam bidang pertanian.

ANAK PENEROKA
Gerik, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya