Baiki pengangkutan awam - Utusan Malaysia

Baiki pengangkutan awam

Kemudahan pengangkutan awam perlu ditambah baik agar lebih efisien sekali gus menjadi pilihan utama rakyat dan pelancong. – GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEJAK dahulu lagi, kerajaan menyarankan orang ramai menggunakan pengangkutan awam dalam usaha mengurangkan kesesakan lalu lintas terutama di bandar-bandar sibuk.

Tidak dinafikan sistem pengangkutan di negara ini semakin berkembang maju dan semakin efisien sehingga menjadi pilihan ramai. Selain perkhidmatan bas dan teksi, ada komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), transit aliran ringan (LRT), monorel dan transit aliran massa (MRT).

Namun, masih ramai merungut kerana perkhidmatan tersebut masih gagal mengatasi beberapa masalah walaupun ia bukanlah perkara baharu.

Antara yang paling terkesan apabila kerap mengalami kerosakan sehingga menyebabkan pengguna menunggu lama, kadangkala sehingga sejam.

Bayangkan jika pengguna sudah berada di ruangan menunggu di bahagian bawah tanah dengan kepadatan pengguna, boleh menyebabkan rasa panas dan sukar bernafas.

Begitu juga ruang letak kereta di stesen amat kurang sehingga menyebabkan pengguna perlu meletakkan kenderaan lebih jauh dan kawasan larangan sehingga disaman pihak berkuasa. Selain itu, caj letak kereta juga agak mahal.

Oleh itu, diharap pihak berwajib memperbaiki sistem untuk kemudahan awam agar lebih efisien.

ZALI
Keramat, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya