Wanita taksub cucuk vitamin C - Utusan Malaysia

Wanita taksub cucuk vitamin C

Pengambilan vitamin C tanpa pengawasan dari pakar boleh mengundang masalah kesihatan lain. – GAMBAR HIASAN/SUMBER INTERNET
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

WANITA dan kecantikan sememangnya tidak boleh dipisahkan, kerana itu terlalu banyak produk kecantikan berada di pasaran.

Begitu juga trend wanita yang terlalu taksub untuk kelihatan cerah sehingga sanggup berhabis duit demi memastikan produk yang digunakan mampu memberi kesan pantas.

Selain pengambilan ubat-ubatan, kaedah suntikan vitamin C juga menjadi pilihan terutamanya bagi anak muda tanpa memikirkan kesan sampingan dari perbuatan tersebut.

Malah, ia mudah didapati sama ada di farmasi atau dalam talian. Ia juga boleh diperoleh di gimnasium kerana terdapat segelintir yang berpendapat bahawa vitamin C juga mampu menyihatkan tubuh badan.

Saya sendiri tidak pasti kebenaran penggunaan vitamin C ini, namun tindakan segelintir masyarakat yang berani mengambil risiko suntikan tersebut tanpa pengawasan pakar boleh mengundang bahaya kerana tidak mengetahui ketulenan bahan, penjagaan kebersihan dan teknik yang betul.

Bagi saya, adalah lebih baik jika mereka mengamalkan kebersihan dan penjagaan kulit melalui pemakanan yang sihat. Ini kerana sudah pasti kandungan vitamin dalam makanan lebih terjamin walaupun mengambil masa yang agak lama untuk melihat kesannya.

Selain itu, mereka juga boleh menggunakan krim pelindung kulit yang sesuai bagi mengelakkan dari sinaran matahari.

Melalui cara ini, kita dapat mengelakkan dari bahaya kesan penggunaan vitamin C yang tidak mendapat kebenaran dari Kementerian Kesihatan.

AINUL ASYIKIN AMIRUDDIN
Melaka

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya