Wakil rakyat lepas tangan kebajikan rakyat? - Utusan Malaysia

Wakil rakyat lepas tangan kebajikan rakyat?

Penceramah bebas, Ebit Liew antara mereka yang banyak membantu golongan kurang berkemampuan berbanding wakil rakyat di sesebuah kawasan. – GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SABAN waktu, negara dipaparkan dengan berita kemiskinan dan kemelaratan hidup golongan marhaen di dada-dada akhbar utama.

Persoalannya, mengapakah golongan ini hidup terbiar dalam kedaifan tanpa diberi bantuan sewajarnya oleh ahli keluarga, pihak berwajib dan masyarakat? Di mana silapnya?

Menyorot kembali cerita tiga beradik yang terpaksa hidup daif seperti yang disiarkan dalam Utusan Malaysia tidak lama dahulu, mereka terpaksa tinggal dalam keadaan atap bocor. Mereka tidak mendapat bantuan bulanan daripada sebarang agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Zakat.

Dalam menjalani kehidupan serba kekurangan dan keuzuran, masyarakat mengharapkan wakil penduduk dan ahli politik menyalurkan bantuan awal.

Sayangnya, yang kelihatan adalah wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tiada kaitan dengan masyarakat setempat. Wakil parti politik yang memenangi kawasan tersebut tidak kelihatan, seolah-olah lepas tangan pula.

Sampai bila senario lepas tangan ini harus berlaku kerana penduduk hanya mengharapkan wakil yang dipilih melalui pilih raya untuk membantu mereka. Justeru, saya berharap ketika rakyat memerlukan perhatian dan bantuan akibat pandemik Covid-19, wakil rakyat dan pihak berkaitan jenguk-jenguklah kawasan mereka.

ABDUL HAMID
Temerloh, Pahang

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya