Ubah suai Belanjawan 2021 - Utusan Malaysia

Ubah suai Belanjawan 2021

TERDAPAT dakwaan projek MRT hanya menguntungkan pekerja asing. – GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

RAKYAT sebenarnya tidak peduli pengumuman Belanjawan 2021 pada 6 November lalu mengenai projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3) dan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura diteruskan.

Ini kerana mereka lebih risau memikirkan untuk menyara keluarga, membayar bil elektrik dan air serta pinjaman. Mereka juga bimbang jika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) disambung lagi.

Lebih baik ditangguhkan dulu projek mega seperti MRT3 sehingga masalah Covid-19 berlalu dan ekonomi stabil. Sama seperti MRT1 dan MRT2, projek berkenaan tidak menyediakan peluang pekerjaan banyak kepada rakyat tempatan. Ia hanya menguntungkan pekerja asing dan syarikat yang menjadi ejen membawa masuk mereka ke negara ini.

HSR boleh diteruskan kerana jika masih ditangguhkan, Malaysia terpaksa membayar ganti rugi kepada Singapura.

Isu lain ialah peruntukan sebanyak lebih RM80 juta kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa). Saya berpendapat sekarang bukan waktu sesuai untuk menghidupkan kembali Jasa dengan peruntukan berkali-kali ganda lebih banyak dari sebelumnya.

Kita tidak perlu tentera siber untuk menghuru-harakan keadaan politik. Warganet sudah menggelar Jasa sebagai ‘Jaga Abah Sama Azmin’. Tempatkan semula pegawai Jasa yang diberhentikan kerajaan Pakatan Harapan ke Jabatan Penerangan sebagai petugas barisan hadapan untuk memerangi Covid-19.

Akhir sekali, pada masa depan, sila guna bahasa mudah difahami semasa membentangkan belanjawan supaya kami rakyat marhaen tidak terpinga-pinga mendengar istilah yang digunakan.

MD. ZUL
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya