Untuk mempertahan kewujudan terus sekolah vernakular, satu lagi dalil dikemukakan bahawa menjadi hak mana-mana kaum untuk mempelajari bahasa ibundanya. Untuk itu, ideologi kepelbagaian diajukan lagi dengan mengutarakan aliran persekolahan di Switzerland untuk dicontohi di Malaysia. Tidak dapat dinafikan Switzerland yang memiliki empat bahasa rasmi, iaitu Jerman, Perancis, Itali dan Romansh mengggunakan kesemuanya dalam bidang pendidikan. Ini kerana empat bahasa itu juga merupakan bahasa kebangsaan Switzerland. Itulah acuan Konfederasi Swiss. Untuk mencontohi acuan Switzerland itu, sepatutnya bahasa Melayu sahajalah yang digunakan dalam bidang pendidikan, bukannya bahasa lain. Ini kerana hanya bahasa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya