Seragamkan bonggol jalan - Utusan Malaysia

Seragamkan bonggol jalan

SAIZ dan ketinggian bonggol jalan perlu dipastikan tidak membahayakan pengguna jalan raya. – GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

DI sana sini kita dapati ada bonggol jalan. Memang tujuannya sangat bagus, iaitu bagi memastikan kenderaan memperlahankan kelajuan dan menjaga keselamatan pengguna khususnya di kawasan perumahan yang sesak. Bonggol juga wajar ada berdekatan sekolah.

Malangnya didapati saiz dan ketinggian bonggol tidak seragam. Di sesetengah jalan, bonggol agak tinggi dan membahayakan pengguna. Bahagian bawah kenderaan boleh mengalami kerosakan jika melalui bonggol sedemikian.

Ada bonggol tidak dicat putih atau kuning. Ada juga yang tiada papan tanda amaran awal sebelum tiba ke bonggol itu. Maka pemandu tidak menyedari kewujudannya hingga berlaku hentakan dan henjutan kuat pada kenderaan.

Di beberapa kawasan di Batu Pahat misalnya di Taman Soga, Solok Wan Moh, Jalan Bindu dan beberapa kawasan perumahan, bonggolnya agak tinggi. Ini membahayakan pengguna jalan raya.

Saya menyarankan pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Kerja Raya supaya menyeragamkan saiz dan ketinggian bonggol jalan. Spesifikasi bonggol bukan dibuat pihak tertentu ikut kehendak mereka semata-mata.

Hal ini kerana ada pihak persendirian atau pemaju perumahan yang membina sendiri bonggol sedangkan tindakan sedemikian menyalahi Akta Pengangkutan Jalan 1987. Dengan penyeragaman dan penguatkuasaan undang-undang, spesifikasi bonggol dapat dipatuhi.

Sudah sampai masanya pihak berkuasa membuat penelitian tentang perkara ini demi kebaikan semua pengguna jalan raya.

MUSTAFFA SIRAJ
Batu Pahat, Johor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya