Sampah, bau busuk cemari lorong belakang kedai - Utusan Malaysia

Sampah, bau busuk cemari lorong belakang kedai

Keadaan sisa buangan yang ditinggalkan di belakang lot kedai di Pusat Bandar Utara berhampiran Pasar Borong Selayang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BARU-baru ini, saya ke cawangan Maybank di Pusat Bandar Utara berdekatan Pasar Borong Selayang.

Sudahlah susah untuk mendapatkan tempat letak kenderaan berikutan kawasan tersebut sesak dengan pelbagai aktiviti perniagaan, ada pula lot kedai dijadikan stor bagi menyimpan barangan peniaga pasar borong.

Akibatnya, ada pemandu yang mementingkan diri meletakkan kenderaan secara bertindih menyebabkan bertambah lagi kesesakan kerana jalan menjadi sempit.

Semasa mencari petak kosong untuk meletak kenderaan, saya melalui lorong belakang bangunan. Alangkah terperanjatnya apabila sepanjang laluan tersebut dipenuhi sisa sayur serta bahan buangan yang dibiarkan di tepi jalan.

Bukan sahaja sakit mata memandang, malah saya tidak tahan dengan bau busuk akibat sisa yang ditingggalkan mungkin sudah lama.

Saya tidak pasti adakah disebabkan kekurangan tong sampah atau memang sikap peniaga dan pekerja yang rata-rata terdiri daripada warga asing menjadi punca.
Justeru, tindakan segera dan tegas perlu diambil terhadap peniaga dan pekerja pasar yang tidak menitik beratkan soal kebersihan.

ALISYA
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya