SEWAKTU membentangkan Belanjawan 2021 pada Jumaat lalu, Menteri Kewangan menyatakan, kerajaan akan bekerjasama dengan institusi kewangan terpilih untuk menyediakan skim Rent To Own (RTO) sehingga 2022 membabitkan 5,000 unit Perumahan 1Malaysia (PR1MA) dengan nilai keseluruhan lebih RM1 bilion dikhaskan bagi pembeli rumah pertama. Pada Oktober 2019, sewaktu pembentangan Belanjawan 2020, kerajaan juga menyatakan akan melaksanakan skim RTO bagi membantu golongan kurang berkemampuan. Mengikut skim itu, mereka yang masih belum memiliki rumah boleh menyewa selama lima tahun (atau 10 tahun mengikut pilihan mereka) dan selepas itu membeli rumah tersebut pada harga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya