Remaja perlukan perhatian ibu bapa - Utusan Malaysia

Remaja perlukan perhatian ibu bapa

Kanak-kanak memerlukan perhatian daripada ibu bapa ketika dalam proses pembesaran bagi membentuk jati diri yang baik. – GAMBAR/SUMBER INTERNET
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BARU-baru ini kecoh mengenai seorang gadis berusia 15 tahun berhadapan detik hitam apabila dirogol oleh rakan Facebook yang baru seminggu dikenalinya.

Pendedahan itu amat memeranjatkan kerana bagaimana gadis berkenaan mudah terpedaya dengan ajakan lelaki tersebut.

Difahamkan, dia tinggal bersama nenek sejak kecil selepas penceraian ibu bapanya. Jika dilihat dari sudut ini, jelas gadis tersebut kemungkinan kekurangan kasih sayang dan perhatian kedua-dua ibu bapa sekali gus menyebabkan dia berminat untuk mencari kasih sayang daripada orang luar.

Malangnya, lelaki yang mungkin diharapkan dapat mengisi kekosongan yang ditinggalkan ibu bapanya berakhir dengan kejadian yang tidak diingini.

Kejadian sebegini perlu dijadikan teladan kepada ibu bapa yang mempunyai anak sedang meningkat remaja kerana mereka memerlukan perhatian anda. Sibuk bagaimanapun anda, apa jua masalah yang dihadapi dengan bekas pasangan, janganlah diabaikan anak kerana mereka pada usia ini akan mudah mencuba perkara baharu.

Pada usia remaja, mereka mempunyai perasaan untuk dicintai menyebabkan mudah terpedaya dengan ayat-ayat manis lelaki yang dikenali di laman media sosial.

Justeru, perhatian, pemantauan dan kasih sayang daripada ibu bapa sahaja dapat membendung perkara yang tidak diingini sebegini.

MARIA MALEEK
Kuala Kubu Bharu, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya