Rancangan TV banyak unsur ganas - Utusan Malaysia

Rancangan TV banyak unsur ganas

Kehilangan orang tersayang boleh mengganggu proses pembentukan personaliti positif kanak-kanak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA merupakan seorang ibu yang sentiasa sibuk dengan urusan kerja, namun tidak pernah mengabaikan tanggungjawab dalam membesarkan anak-anak.

Saya tidak menghalang anak-anak untuk menonton rancangan televisyen sama ada tempatan atau luar negara seperti kartun. Namun, saya agak terkilan kerana tidak banyak rancangan yang membawa teladan yang baik untuk dicontohi oleh kanak-kanak.

Pada pandangan saya, rancangan berbentuk adiwira mendorong kanak-kanak bersikap lebih agresif dengan melakukan gerak geri yang dipertontonkan termasuk menumbuk, memukul dan menendang.

Bagi kanak-kanak, aksi yang ditiru mereka tidak salah. Disebabkan itu mudah bagi mereka mengikut setiap langkah yang ditayang dalam kartun tersebut dan mengaplikasikannya dalam kehidupan harian sama ada bersama adik-beradik, sepupu dan kenalan.

Jika ditegur, anak akan menjawab: “Dalam TV (televisyen) itu boleh sahaja. Kenapa umi (ibu) marah pula?”

Saya khuatir sikap kanak-kanak ini jika tidak dikawal boleh menyebabkan trauma terutama di sekolah yang akhirnya membina jati diri negatif dan sukakan pergaduhan.

Dalam pada itu, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menjaga dan memantau rancangan yang ditonton oleh anak-anak mengikut kesesuaian umur.

NAZIRAH RAHIM
Port Dickson, Negeri Sembilan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya