Rakyat mula berbelanja tanpa tunai - Utusan Malaysia

Rakyat mula berbelanja tanpa tunai

Penggunaan e-dompet kini menjadi norma baharu dalam kehidupan harian masyarakat di seluruh dunia. – GAMBAR HIASAN/SUMBER INTERNET
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

Penularan Covid-19 di negara ini menyaksikan semakin ramai berbelanja menggunakan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) atau e-dompet bagi mengelak jangkitan virus berkenaan.
Bukan sahaja melibatkan golongan belia, malah trend berbelanja tanpa tunai juga dipraktikkan oleh mereka yang berumur sehingga 50 tahun.

Pun begitu, pendedahan cara berbelanja sedemikian perlu diperluaskan termasuk kepada mereka yang berusia agar memudahkan mereka pada masa hadapan apabila dunia beralih kepada e-dagang sepenuhnya.

Sama ada di pusat beli-belah, pasar raya, gerai, trak makanan ataupun secara dalam talian, rata-rata pembeli lebih selesa membayar tanpa tunai yang disifatkan lebih selamat.

Malah melalui cara itu juga, lebih memudahkan peniaga kerana mereka tidak lagi perlu kerap ke bank untuk menukar wang kecil setiap kali mahu memulakan perniagaan.

Kelebihan tawaran seperti diskaun dan baucar setiap kali menggunakan e-dompet juga menjadi tarikan.

Penukaran gaya hidup tersebut secara tidak langsung membawa kebaikan kepada ekonomi negara melalui e-dagang walaupun ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di beberapa lokasi.

AZIZI
Melaka

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya