Pusingan U ‘maut’ - Utusan Malaysia

Pusingan U ‘maut’

Laluan pusingan U yang dibuka kepada orang ramai mengundang berlakunya kemalangan. – sumber ibangi.my
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

HAMPIR setiap hari berlaku kemalangan sejak laluan pusingan U berhampiran Sri Bangi dan Bangi Golf Resort dibuka kepada pengguna.

Jalan dari Seksyen 9 ke bulatan yang dibuat pusingan U amat berbahaya kerana sukar dilihat oleh kenderaan dari arah bertentangan.

Keadaan di kawasan itu semakin berisiko pada waktu malam berikutan gelap serta terlalu banyak pokok redup yang membataskan lagi tahap penglihatan.

Pada masa sama, pengguna dari bulatan menuju ke Seksyen 9 sendiri tidak menyedari ada pusingan U kerana keadaan gelap.

Justeru, saya mewakili penduduk dan pengguna laluan itu mendesak pihak berwajib agar mengambil tindakan sewajarnya.

PENDUDUK BANGI
Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya