Pembeli was-was pesan makanan - Utusan Malaysia

Pembeli was-was pesan makanan

Syarikat aplikasi pengedar makanan perlu lebih peka dengan menyatakan secara jelas status halal sesebuah premis bagi mengelak kekeliruan. – SUMBER INTERNET
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

sejak kebelakangan ini, trend memesan makanan secara dalam talian semakin mendapat tempat. Malah, permintaan terhadap perkhidmatan ini terus melonjak selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan Covid-19 sejak Mac lalu.

Perkhidmatan ini memberi kemudahan kepada orang ramai untuk menikmati makanan tanpa perlu keluar rumah. Namun, terdapat kekurangan yang disuarakan oleh banyak pihak terutama untuk mengenal pasti status halal sesuatu premis makanan.

Ada yang memaparkan status halal dengan jelas, namun terdapat juga premis tidak menyatakan perkara tersebut. Hal ini menyebabkan pembeli ragu-ragu untuk memesan makanan.
Bahkan, terdapat beberapa individu terpesan makanan yang tidak pasti status halalnya.

Islam mengajar umatnya supaya berwaspada dan berhati-hati dalam mencari rezeki kerana ia adalah zat yang akan bersatu menjadi darah serta daging manusia.

Justeru, diharap pemilik aplikasi pengedar makanan mengambil berat isu ini kerana ia melibatkan hukum syubhah, sekali gus bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan masyarakat.

INTAN
Sri Petaling, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya