Pantau pertandingan ikan laga - Utusan Malaysia

Pantau pertandingan ikan laga

Pertandingan ikan laga perlu diawasi agar orang ramai tidak terjebak dengan aktiviti perjudian. – GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

AKTIVITI perjudian ikan laga bukanlah perkara baharu, malah pernah mendapat liputan luas pada suatu ketika dahulu. Namun sejak kebelakangan ini, pertaruhan tersebut kembali mendapat tempat di hati peminat ikan laga.

Difahamkan, ganjaran pertaruhan boleh mencecah ribuan ringgit menyebabkan perjudian tersebut mendapat sambutan ramai di seluruh negara.

Dalam perjudian ini, ikan dilagakan sehingga salah seekor mati. Pemilik ikan yang kalah akan membayar wang kepada pihak lawan yang menang.

Atas faktor mahu menang, orang ramai berebut-rebut membeli ikan laga yang kuat dan cantik bagi memastikan mereka memperoleh wang pada hari pertandingan.

Malah, ia turut menjadi ikutan bukan sahaja dalam kalangan penggemar ikan laga, malah kini menjadi kegilaan golongan muda mahu mengumpul wang segera.

Justeru, pihak berkuasa perlu memantau aktiviti yang jelas bercanggah dengan undang-undang negara. Ini kerana pertaruhan ini boleh menjadi trend sekiranya tiada tindakan tegas daripada kerajaan.

Selain itu, pertandingan ikan laga dilihat seakan menggalakkan orang ramai terlibat dalam aktiviti perjudian.

MALEK ISA
Melaka

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya