Nilai denda cemar air ikut jumlah penduduk terjejas - Utusan Malaysia

Nilai denda cemar air ikut jumlah penduduk terjejas

Pencemaran sungai yang kerap berlaku di Selangor menyebabkan gangguan bekalan air, sekali gus menyusahkan kehidupan harian orang ramai. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

ISU pencemaran air di Selangor nampaknya tiada kesudahan sehingga menyebabkan rakyat menjadi muak dan menyampah. Ini kerana air merupakan keperluan dan tanpanya, sukar untuk melakukan aktiviti harian.

Oleh kerana, sungai di Selangor kerap tercemar, ada baiknya kerajaan negeri memajak sungai di Pahang yang bersempadan dengan Selangor iaitu di kawasan Janda Baik.

Daerah Janda Baik dikelilingi hutan kayu bakau dan sudah tentu airnya bersih tanpa pencemaran.

Tidak seperti di Selangor yang terdapat banyak kawasan perindustrian kilang. Pemilik dan pekerja kilang mengambil jalan mudah dengan membuang sisa ke dalam sungai.

Kerajaan negeri harus tegas dan memberi syarat kepada pengusaha kilang di sekitar kawasan sungai dengan mewajibkan mereka mempunyai takungan pembuangan toksin bagi mengelak pencemaran.

Kelulusan untuk menjalankan operasi tidak akan diberikan sekiranya mereka gagal menyediakan takungan tersebut.

Dalam perkembangan sama, akta undang-undang pencemaran air sungai harus diperketatkan. Nilai denda hendaklah mengikut jumlah penduduk yang tidak mendapat bekalan air bersih.

Contohnya, jika enam juta penduduk terputus bekalan air, maka denda minimum adalah sebanyak RM6 juta selain hukuman penjara.

OMAR LOLO
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya