SALAH satu bab dalam novel Langit Petang berlatarkan bisik angin dan riuh ombak pantai berpasir putih di Terengganu. Watak utamanya Hafiz mengisi hari-hari terakhir hidupnya menikmati keindahan tanah airnya dan Terengganu menjadi pilihan. Pelukisan Sasterawan Negara, A. Samad Said tentang damai yang indah di Kuala Terengganu, terutama sekali pantainya sangat memujuk pembaca. Menjadikan pembaca teruja ke sana. Alam laut dan darat itu menjadi sepasang keindahan yang siap menunggu untuk diziarahi. Dalam novel Badai Semalam karya Khadijah Hashim, saya terpesona dengan Tanjung Puteri yang menjadi latar tempat disinggahi Maznah, gadis anak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya