Mana wakil rakyat kami? - Utusan Malaysia

Mana wakil rakyat kami?

Seseorang wakil rakyat dipilih atas kapasiti mampu membawa suara masyarakat dan mengubah kehidupan di kawasan yang diwakilinya. – GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MUSIM pilihan raya menjadi medium untuk orang politik melakonkan watak sebagai pemimpin ‘pilihan’. Pada masa itulah kelibat mereka sering dilihat. Pada masa itu juga mereka kerap turun padang membantu penduduk yang susah.

Ketika musim itu juga, apa-apa permintaan penduduk ditunaikan. Petik jari, segala keperluan diperoleh.

Namun, selepas berjaya memperoleh undi, jangan katakan muka, batang hidup pun tidak terlihat sehingga penduduk perlu mengetuk pintu pejabat untuk bertemu dengan pemimpin.

Itu pun belum tentu dapat bersua muka. Selalunya alasan yang diberikan: “YB (Yang Berhormat) tiada pada masa ini” atau “YB ada tugas di luar.”

Kami sebagai pengundi terasa teraniaya kerana memilih pemimpin ‘kaki wayang’. Segala janji yang ditaburkan semasa kempen dimungkiri begitu sahaja.

Harapan kami ketika memilih muka baharu tempoh hari adalah untuk membawa perubahan di kawasan ini. Malangnya, kami terasa teraniaya.

Saya percaya perkara ini berlaku di kebanyakan kawasan. Ramai rakan saya dari pelbagai kawasan meluahkan perkara sama.

Sudah pastilah pada pilihan raya akan datang, kami tidak lagi akan memilih pemimpin tersebut. Bagi kami, mereka yang terpilih harus melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik di samping menjaga kebajikan penduduk.

KAMIL
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya