Perkara 10 dalam Perlembagaan Persekutuan menjamin hak orang ramai untuk bersuara, berhimpun secara aman dan berpersatuan. Mengikut sejarah, Enakmen Pertubuhan diperkenalkan oleh penjajah British pada 1899 dan menjadi asas kepada Akta Pertubuhan 1966 (Akta 13) yang diguna pakai sehingga kini. Masyarakat Malayali merupakan kumpulan minoriti kaum India di negara ini sejak lebih 200 tahun dahulu. Bagi menjalin silaturahim dalam kalangan orang Malayali yang berasal dari pelbagai wilayah di Kerala, India, beberapa persatuan pernah ditubuhkan di Malaya dan Singapura. Pertubuhan pertama seumpama itu di luar India ialah Kerala Mahajana Sangam yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya