Majikan ambil kesempatan potong gaji pekerja - Utusan Malaysia

Majikan ambil kesempatan potong gaji pekerja

SEJAK PSU diperkenalkan, kerajaan telah membelanjakan lebih RM15 bilion bagi membantu majikan membayar gaji kepada sekitar 2.7 juta pekerja. – GAMBAR HIASAN/ SUMBER INTERNET
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BANYAK syarikat terjejas teruk, malah terdapat juga perniagaan terpaksa gulung tikar akibat gagal mencapai keuntungan serta tidak mampu untuk terus kekal bersaing sejak penularan pandemik Covid-19.

Bahkan, difahamkan banyak juga syarikat terpaksa memotong gaji pekerja demi memastikan kelangsungan perniagaan.

Kerajaan tidak berdiam melihat situasi tersebut dengan memperkenalkan subsidi upah bagi meringankan beban pemilik syarikat untuk tetap membayar gaji pekerja, sekali gus membolehkan rakyat dapat menikmati kehidupan seperti biasa.

Melalui Belanjawan 2021, kerajaan akan melanjutkan pelaksanaan program tersebut untuk tempoh tiga bulan lagi secara bersasar dengan kadar RM600 sebulan bagi pekerja bergaji 4,000 ringgit dan ke bawah dengan had 200 pekerja bagi setiap permohonan akan ditingkatkan kepada 500 pekerja.

Sebelum ini, terdapat syarikat yang mengambil kesempatan masih memotong gaji pekerja antara 50 hingga 70 peratus sebulan dengan alasan perniagaan terjejas.

Sudah terang lagi bersuluh, tindakan tersebut jelas melanggar undang-undang ditetapkan kerana subsidi yang diterima bukan digunakan untuk menanggung pembayaran pendapatan pekerja sebaliknya bagi meneruskan operasi syarikat.

Tindakan majikan tersebut jelas tidak bermoral dan mengambil kesempatan terhadap situasi semasa sedangkan kerajaan telah memperuntukkan sejumlah wang untuk membantu mereka beroperasi.

Kasihanilah pekerja kerana mereka juga ada keluarga dan komitmen yang perlu dibayar. Janganlah bersikap mementingkan diri kerana mahu melihat syarikat terus beroperasi sedang pekerja semakin sengsara akibat perlu mengikat perut demi meneruskan kehidupan.

JALANI KHAMIS
Sepang, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya