Hubungan dan kebergantungan manusia terhadap air tidak dapat dinafikan sama sekali. Air penting dalam kehidupan manusia. Selain kelangsungan hidup (makan dan minum), manusia juga memerlukan air untuk tujuan santai dan hiburan. Kepentingan sumber air boleh juga dilihat dari sudut pandang agama. Dalam pandangan hidup Islam, pentingnya air itu boleh dilihat dari aspek kewujudannya. Air diwujudkan lebih awal daripada manusia, malah lebih awal daripada kewujudan alam itu sendiri. Ayat 17, surah Hū menjelaskan antara maksudnya: “..sedang Arasy-Nya, berada di atas air…” Sebuah hadis daripada Imam al-Bukhari memperkukuhkan kenyataan ini dengan maksudnya:…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya