Kekalkan identiti asal masjid - Utusan Malaysia

Kekalkan identiti asal masjid

MASJID Jamek Dato’ Klana Petra Sendeng, Ampangan, Negeri Sembilan dibina pada 1840. – MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA difahamkan terdapat cadangan untuk menaik taraf Masjid Jamek Dato’ Klana Petra Sendeng, Ampangan, Negeri Sembilan. Diharapkan pengubahsuaian yang akan dibuat nanti dapat mengekalkan reka bentuk dan identiti asal masjid lama ini.

Berdasarkan sejarah, masjid ini didirikan pada 1840. Reka bentuk dan kubah menyerupai masjid-masjid lama yang terdapat di Melaka dan Aceh.

Konsep bumbung tiga lapis dan mempunyai mahkota di atasnya adalah identiti unik warisan negara yang perlu dibangga dan dikekalkan.

Walaupun beberapa kali diubah suai, identiti utama di bahagian luar dan ruang mimbar masjid tidak disentuh. Difahamkan, pengubahsuaian terbaharu akan menghapuskan identiti asal masjid termasuk tulisan khat.

Kami ahli jemaah merayu kepada pengerusi, ahli jawatankuasa masjid dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) supaya dapat mengekalkan identiti asal reka bentuk bangunan itu terutama sekali ruang mimbar.

Bagaimanapun, kami mengalu-alukan pembesaran ruang solat serta cadangan membina bilik kuliah yang moden dan selesa.

Pembesaran itu selaras dengan peningkatan bilangan jemaah yang mana kapasiti 3,000 orang sekarang sudah tidak mencukupi. Langkah berkenaan sudah tentu akan meningkatkan keselesaan jemaah terutama bagi menunaikan solat Jumaat.

SYED ABDULLAH SYED
OSMAN JAMALULLAIL
Seremban, Negeri Sembilan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya