Kekal produktiviti ketika bekerja di rumah - Utusan Malaysia

Kekal produktiviti ketika bekerja di rumah

LANGKAH mewujudkan persekitaran mirip pejabat di rumah akan memberi bayangan kepada ahli keluarga lain agar menghormati waktu kita bekerja. – GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TAHUN 2020 adalah tempoh perubahan kepada persekitaran pekerjaan. Pandemik Covid-19 menyebabkan pekerja perlu membiasakan diri untuk bekerja dari rumah. Ia bukanlah sesuatu yang senang kerana ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sekolah dan taska ditutup.

Bagaimana untuk memberikan tumpuan kepada kerja pejabat sedangkan pada masa sama perlu membuat kerja-kerja rumah? Bagi yang telah biasa bekerja dari rumah, mereka memang beruntung. Tetapi dalam kalangan kita yang bekerja dari rumah buat kali pertama, segala-galanya mungkin sedikit sibuk untuk memainkan peranan sebagai pekerja, ibu bapa dan pasangan.

Antara petua bagi mengekalkan produktiviti semasa bekerja di rumah ialah pertama, kita perlu mengasingkan waktu kerja dan waktu peribadi. Dengan membahagikan waktu sebegini kita dapat memberi tumpuan terhadap apa yang dilakukan berdasarkan jadual ditetapkan.

Apabila bekerja di rumah, adakala kita akan berdepan dengan isu-isu seperti singki tersumbat. Kita perlu mendahulukan kerja-kerja pejabat ketika waktu kerja dan selepas itu pada waktu peribadi kita boleh memberi tumpuan kepada isu-isu di dalam rumah.

Kedua, cipta suasana ruang tempat kerja di rumah seperti pejabat. Ini akan membolehkan kita fokus walaupun bekerja dari kediaman sendiri. Ruang yang sesuai dan kemas sangat penting kerana ada masanya kita akan bermesyuarat melalui sidang video dengan rakan sekerja.

MAZIDAH MAT REJAB
Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya