Kawal anak elak pengaruh dadah - Utusan Malaysia

Kawal anak elak pengaruh dadah

Pelbagai kaedah digunakan oleh sindiket dadah untuk mengaburi mata pihak berkuasa. – GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

ISU remaja dan dadah nampaknya tiada kesudahan apabila baru-baru ini, seorang gadis berusia 23 tahun dijatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM8,000 selepas menyebabkan kematian seorang anggota tentera dalam satu kemalangan dekat Plaza Pelangi, Johor Bahru, baru-baru ini.

Dia pada masa sama dituduh di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 atas kesalahan memasukkan dadah jenis methamphetamine dan amphetamine ke dalam tubuhnya pada hari sama.

Ia merupakan antara kes pengambilan dadah melibatkan remaja yang harus dipandang serius termasuk mengesan tempat mereka mendapat stok dan sumber kewangan.

Ini kerana dadah dijual pada harga RM10 hingga RM200,000. Jenis-jenis dadah termasuk daun ketum, air ketum, heroin, syabu, ecstacy, ketamin dan ubat batuk.

Remaja pada masa kini dilihat terlalu ke depan dari segi konteks kenalan kerana mereka saling mengenali melalui laman sosial tanpa mengetahui latar belakang sebenar.

Oleh itu, mereka mudah terdedah dan terpengaruh dengan perkara tidak baik melalui kenalan maya.

Justeru diharap ibu bapa sentiasa mengawasi pergerakan anak dan tidak terlalu memberi kebebasan serta mengambil tahu kenalan mereka untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.

HALIZA MUSSA
Melaka

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya