Kanak-kanak susah fokus kelas online - Utusan Malaysia

Kanak-kanak susah fokus kelas online

Murid prasekolah memerlukan kelas tambahan demi memastikan jurang pembelajaran mereka tidak ketinggalan terlalu jauh apabila memasuki tahun satu nanti. – GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA merupakan seorang ibu kepada anak berusia lima tahun yang sedang belajar di sebuah tadika swasta.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi, pihak sekolah mengambil inisiatif dengan mengadakan kelas secara dalam talian. Namun kaedah itu dilihat kurang berkesan untuk kanak-kanak seusianya.

Ini kerana mereka kurang fokus dalam pembelajaran dan hanya boleh menumpukan perhatian kurang dari 10 minit.

Situasi ini akan menyebabkan kanak-kanak berusia lima dan enam tahun pada tahun ini memiliki masalah pembelajaraan seperti mengeja, membaca dan mengira. Ini sekali gus akan menjejaskan prestasi mereka terutama ketika melangkah ke tahun satu.

Bukan sahaja murid, malah sistem pembelajaran juga akan terkebelakang akibat tidak dapat menguasai subjek-subjek utama.

Malah, guru-guru di tahun satu perlu mengajar kembali asas yang sepatutnya diajar ketika di prasekolah.

Sesi pembelajaran juga tidak dapat dilaksanakan 100 peratus seperti di sekolah kerana anak-anak tidak memberi fokus, selain faktor kesibukan ibu bapa dengan kerja.

Oleh itu, besarlah harapan saya sekiranya pihak sekolah sama ada melalui nasihat Kementerian Pendidikan atau inisiatif sendiri menganjurkan kelas tambahan untuk mengajar kanak-kanak ini di luar waktu sekolah.

NOR AMIRA RUSLAN
Petaling Jaya, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya