Jangan benarkan lagi keluar simpanan KWSP - Utusan Malaysia

Jangan benarkan lagi keluar simpanan KWSP

Seramai 5.8 juta pencarum dilaporkan tinggal baki duit kurang RM10,000 dalam akaun KWSP. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

dalam Belanjawan 2021, kerajaan meluluskan pengeluaran simpanan Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ahli yang layak boleh memohon mulai bulan depan depan dengan jumlah pengeluaran antara RM9,000 hingga RM60,000.

Dari sudut mata kasar, kaedah tersebut menjadi penarik untuk rakyat menyokong dan berpihak kepada kerajaan, di samping ia merupakan langkah awal dalam membantu mereka yang terjejas akibat penularan Covid-19.

Pun begitu, jika difikir secara mendalam, sekiranya ahli mengeluarkan simpanan tersebut, dikhuatiri akan menjejaskan masa depan mereka kerana wang itu sepatutnya digunakan selepas persaraan.

Satu data menunjukkan daripada seramai 14.59 juta pencarum KWSP, sebanyak 32 peratus (4.7 juta) mempunyai baki kira-kira RM1,000 manakala 10 peratus (1.5 juta) mempunyai baki kira-kira RM5,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 mereka.

Dalam perkataan lain, dianggarkan 6.2 juta atau 42 peratus pencarum KWSP ketika ini tidak mempunyai RM6,000 untuk dikeluarkan.

Berdasarkan data itu, jelas menunjukkan ramai dalam kalangan rakyat tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk meneruskan kehidupan selepas bersara. Hal ini akan membebankan mereka.

Justeru, pada masa depan, lebih baik jika kerajaan dapat menambahbaik inisiatif dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat termasuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan atau pelan galakkan berniaga.

Melalui langkah ini, mereka boleh bangkit semula sekali gus mampu menampung perbelanjaan diri dan keluarga, selain simpanan di dalam KWSP akan meningkat sekiranya masih mencarum.

Pada masa sama, mereka tidak perlu terlalu memikirkan soal kewangan selepas berusia 60 tahun.

AMYLIA AMRAN
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN