Jangan alpa, vaksin masih belum ditemui - Utusan Malaysia

Jangan alpa, vaksin masih belum ditemui

GAMBAR HIASAN - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEBELUM ini terdapat pandangan daripada Ketua Penyelidik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Soumya Swaminathan bahawa golongan muda perlu menunggu sehingga 2022 untuk mendapatkan vaksin Covid-19.

Ini kerana seluruh dunia sedang berusaha keras bagi menghasilkan vaksin berkenaan. Pada masa ini, kebanyakan vaksin yang cuba dibangunkan masih di peringkat klinikal dan dalam kuantiti terhad yang diutamakan kepada golongan tua yang berisiko.

Proses pembangunan vaksin mengambil masa yang panjang serta perlu dilakukan dengan teliti dan berperingkat, justeru untuk tempoh tersebut rakyat di seluruh dunia berhadapan ancaman Covid-19.

Malah, sehingga kini tiada ubat mampu merawat penyakit tersebut melainkan kawalan kendiri dengan menjaga penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan kerap mencuci tangan.

Justeru, orang ramai perlu mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan secara konsisten bagi mengekang penularan wabak tersebut terutama di tempat awam.

Kedegilan berbuat demikian akan menyumbang kepada peningkatan kes sekali gus menyebabkan ramai yang maut kerana dunia masih belum menjumpai vaksin yang mampu mengekang penularan pandemik berkenaan.

Diharap orang ramai lebih peka dan tidak memandang remeh arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan sebaliknya mematuhinya dan menerima amalan norma baharu dalam aktiviti harian.

UNGKU SHAHIR
Terengganu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya