Jalan berlubang mengundang kemalangan - Utusan Malaysia

Jalan berlubang mengundang kemalangan

Jalan berlubang di Persiaran Suadamai membahayakan pengguna terutama penunggang motosikal.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MASALAH jalan berlubang di sekitar Bandar Tun Hussien Onn, Cheras, Selangor nam-pakanya tiada perubahan.

Terlalu banyak jalan berlubang mungkin kerana kawasan tersebut sedang pesat membangun dengan pelbagai projek pembinaan kediaman dan lot perniagaan. Begitu juga kerja-kerja menaik taraf saluran air menyebabkan banyak kenderaan berat melalui kawasan tersebut.

Walaupun banyak kali aduan dibuat, namun hanya beberapa kali diturap oleh pihak berwajib.

Kali ini, jalan berlubang di Persiaran Suadamai menghala Taman Seri Minang yang agak besar dan dalam boleh mengakibatkan penungang motosikal terjatuh sekiranya melalui laluan tersebut, sekali gus menambah bilangan kemalangan di kawasan perumahan di sini.

Aduan ini dibuat kerana laluan berkenaan merupakan alternatif bagi penduduk di kawasan tersebut dan sekitar untuk ke Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kesesakan pada waktu puncak.

Malah pada waktu malam, laluan itu agak gelap menyebabkan pengguna tidak menyedari terdapatnya jalan berlubang sekali gus membahayakan nyawa mereka.

Justeru, wajar Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) menurap laluan tersebut dan jalan-jalan lain yang membahayakan pengguna laluan.

ZUL
Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya