Jadikan perubatan industri strategik - Utusan Malaysia

Jadikan perubatan industri strategik

PENGARAH Kesihatan Johor, Dr. Aman Rabu (kanan) menerima sumbangan 10,000 pelitup muka buatan Malaysia yang disampaikan oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan, Durio PPE Sdn. Bhd., Kong Kian Hao di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru pada 10 September lalu. –GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

JIKA pengeluaran makanan sebelum ini dianggap sebagai industri strategik yang harus diberi bantuan oleh kerajaan termasuk mendapat subsidi, saya berpendapat takrif berkenaan harus diperluaskan melibatkan barangan perubatan.

Pengabaian terhadap industri perubatan menyebabkan kita menanggung akibat buruk apabila tidak mempunyai keupayaan untuk menghasilkan vaksin bagi kegunaan manusia sehingga terpaksa menagih simpati negara lain bagi memastikan bekalan bahan itu mencukupi untuk kegunaan rakyat.

Kekurangan lain yang saya dapati adalah dalam menghasilkan pelitup muka dan peralatan perlindungan diri (PPE). Setahu saya, ia hanya dikeluarkan oleh satu atau dua syarikat tempatan.

Sikap terlalu bergantung kepada produk import adalah berbahaya kerana negara luar sudah pasti akan mengutamakan pasaran domestik mereka terlebih dahulu. Walaupun syarikat asing mampu menghasilkan produk terbabit dalam kuantiti yang banyak, belum terdapat jaminan barangan berkenaan berkualiti.

Terdapat laporan pada April lalu, kerajaan India terpaksa membuang banyak PPE yang dibeli dari China kerana tidak berkualiti dan kurang selamat digunakan bagi melawan virus Covid-19. Daripada 170,000 PPE yang diterima, sebanyak 50,000 disahkan gagal ujian kualiti negara itu.

Kajian yang dibuat di Amerika Syarikat baru-baru ini juga mendapati 60 peratus daripada 67 jenama pelitup muka N95 tidak berfungsi seperti yang didakwa, iaitu menapis 95 peratus benda halus termasuk bakteria dan virus. Keupayaan sebenar tapisan antara 35 hingga 50 peratus sahaja.

JURURAWAT PENCEN
Taiping, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN