Harap Belanjawan 2021 berjiwa rakyat - Utusan Malaysia

Harap Belanjawan 2021 berjiwa rakyat

Kerjasama antara UMNO, Pas dan Bersatu dilihat paling ideal dalam usaha membentuk sebuah kerajaan yang berkaliber dalam pelbagaii urusan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

DALAM keadaan ekonomi negara tidak menentu akibat penularan Covid-19 di samping politik tidak stabil, pastinya menyukarkan negara untuk menyusun belanjawan bagi tahun depan.

Pun begitu, besar harapan kepada kerajaan untuk melihat sisi sukar rakyat dalam meneruskan kehidupan akibat pandemik yang menyebabkan banyak sektor perniagaan ditutup dan peluang pekerjaan terhad di samping pengurangan pendapatan akibat gaji dipotong majikan.

Rakyat dalam beberapa bulan ini cukup terkesan, bukan sahaja berhubung isu ekonomi malah psikologi yang membawa kepada banyak kes penceraian dan penderaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari Mac hingga Jun lalu,

Malah kerajaan juga perlu meneliti cara terbaik untuk mengembangkan bidang ekonomi termasuk pelancongan, sukan dan keselamatan.

Pembentangan Belanjawan 2021 inilah akan menentukan nasib kerajaan hari ini di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana rakyat melihat dan memilih berdasarkan keupayaan tawaran kerajaan dalam meringankan beban mereka.

Justeru, kerajaan perlu melihat dari setiap aspek supaya Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan memberi kebaikan bukan sahaja kepada rakyat bahkan negara secara keseluruhan.

MEGAT ZARIN MEGAT ZAKARIA
Seremban, Negeri Sembilan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya