Galak belia terlibat sektor pertanian - Utusan Malaysia

Galak belia terlibat sektor pertanian

Golongan muda disaran melibatkan diri dalam pertanian ekoran bidang tersebut mampu membawa pulangan lumayan. – GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PANDEMIK Covid-19 telah menjejaskan banyak sektor sehingga ribuan rakyat kehilangan mata pencarian. Ini menyebabkan mereka yang kehilangan dan masih mencari pekerjaan menjadi buntu.

Justeru, terdapat beberapa saranan supaya golongan belia menceburi bidang pertanian. Ini kerana bidang itu dilihat lebih kukuh dan berkembang berbanding sektor lain yang terjejas teruk.

Malah, kerajaan menerusi institusi kewangan seperti Agro Bank menyediakan kemudahan pembiayaan khusus disasarkan kepada usahawan muda dalam sektor pertanian untuk menghasilkan pendapatan progresif dan berdaya saing.

Teknologi moden yang banyak dibangunkan juga memudahkan petani untuk menguruskan ladang atau kebun, selain mampu meningkatkan hasil tani.

Golongan petani muda tidak lagi harus kerap ke kebun atau ladang, sebaliknya boleh memantau hasil tani melalui teknologi sedia ada seperti satelit. Jadi, tiada alasan untuk belia memandang rendah sektor pertanian.

Oleh itu, pertubuhan serta persatuan khususnya berkaitan belia dan pertanian harus sentiasa menggalakkan mereka untuk menceburi sektor yang mampu mendatangkan hasil lumayan.

Selain itu, pertubuhan dan persatuan tersebut juga harus menyuntik semangat belia dengan membimbing mereka mengenai cara menguruskan ladang secara terancang, sistematik dan teknik pemasaran yang baik.

ZARUL
Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya