Fitnah makin berleluasa - Utusan Malaysia

Fitnah makin berleluasa

Fitnah di laman sosial mampu meruntuhkan keharmonian masyarakat di negara ini. – Sumber Internet
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

JIKA sebelum ini fitnah banyak tersebar di kedai kopi atau melalui surat layang tetapi kerana dunia beralih ke era moden lagi canggih, ia kini berleluasa di media sosial.

Ini kerana maklumat tersebut lebih mudah disampaikan dan dibaca oleh orang ramai yang melayari internet atau mendapat kiriman melalui WhatsApp.

Apa yang membimbangkan, perbuatan tidak bertanggungjawab itu akan mudah disebarkan dari seorang ke seorang yang lain dan akhirnya diketahui satu dunia.

Bukan sahaja memalukan pihak yang difitnah, bahkan tindakan itu turut memberi kesan kepada keluarga dan kenalan mereka.

Apatah lagi masyarakat kita masih lagi tidak mempunyai kesedaran secara total untuk tidak berkongsi maklumat yang belum tentu sahih, sebaliknya mudah percaya bulat-bulat dengan sesuatu perkara yang diterima.

Justeru, wajarlah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bersikap tegas dengan menyekat fitnah dan berita palsu di media sosial.

Undang-undang lebih tegas perlu disegerakan kerana ia melibatkan maruah seseorang dan dikhuatiri boleh menggugat keamanan masyarakat berbilang bangsa di negara ini.

SYED KHAIRUDDIN
Ipoh, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya