Elak aktiviti air ketika Monsun Timur Laut - Utusan Malaysia

Elak aktiviti air ketika Monsun Timur Laut

PENDUDUK perlu mengelak melakukan aktiviti berdekatan pantai, sungai dan laut ketika musim Monsun Timur Laut. – GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEPERTI tahun-tahun sebelum ini, ramai sudah menjangka hujan lebat akan berterusan dari November sehingga Mac tahun depan yang akan menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, November ialah fasa permulaan bagi Monsun Timur Laut dan sepanjang tempoh monsun ini, negara lebih cenderung menerima tiupan angin yang lebih kencang dan berterusan dari arah timur laut dengan kelajuan antara 10 hingga 20 kilometer sejam. Beberapa siri hujan lebat secara menyeluruh dijangka akan berlaku terutama di negeri-negeri pantai timur Semenanjung dan barat Sarawak.

Negara seperti Turki dan Greece telah mengeluarkan amaran tsunami selepas beberapa kawasan dilanda gempa bumi dan banjir.

Sementara itu, tahap bahaya tsunami sedang dinilai di pantai Pasifik Amerika Syarikat dan pantai Kanada di Amerika Utara.

Walaupun pada masa ini Malaysia tiada ura-ura untuk mengeluarkan amaran tersebut, namun masih perlu berhati-hati kerana negara pernah dilanda tsunami di beberapa pantai di Pulau Pinang pada 2004 yang meragut 52 nyawa dan 141 orang cedera.

Oleh kerana faktor hujan lebat yang berterusan seperti yang diramalkan oleh Jabatan Metrologi Malaysia, maka orang ramai diminta untuk tidak merancang aktiviti berdekatan pantai, sungai dan laut bagi mengelakkan berlaku kejadian lemas.

TASNIM
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya